Friday, 21 February 2025

LOKOMOTIF KELAS 20 KTM

Kepala kereta api (lokomotif) diesel elektrik Kelas 20 mula memasuki senarai aset Keretapi Tanah Melayu (KTM) pada 1957. Ia lokomotif diesel elektrik pertama diperkenalkan di Malaysia (Malaya ketika itu).   

Lokomotif Kelas 20 ini dihasilkan oleh The Vulcan Foundry Ltd dan The English Electric Co di Lancashire, England. 

Sebanyak 26 dari lokomotif C-C 1500 kuasa kuda ini diterima KTM (ketika itu dikenali Malayan Railways) secara berperingkat iaitu pada tahun 1957 dan 1958, menggantikan lokomotif berkuasa wap sebelum itu secara berperingkat.
   
Ia mengendalikan hampir kesemua perkhidmatan KTM, sama ada pengangkutan barang atau penumpang, di seluruh rangkaian KTM. Kelajuan maksimun adalah 96 km/j.
 
Pengenalan lokomotif Kelas 20, selain penggunaan angka 20 diikuti tiga angka jujukan, ia dikenali dengan nama-nama bunga. Lokomotif 20101 Bunga Raya telah dirasmikan pada 31 Julai 1957 oleh Menteri Pengangkutan, Ong Yoke Lin.
 
Nombor siri dan nama lokomotif Kelas 20 KTM adalah:
- 20101 Bunga Raya
- 20102 Bunga Chempaka
- 20103 Bunga Kenanga
- 20104 Bunga Melor
- 20105 Bunga Teratai
- 20106 Bunga Tanjong
- 20107 Bunga Kiambang
- 20108 Bunga Melati
- 20109 Bunga Mawar
- 20110 Bunga Anggerek
- 20111 Bunga Telang
- 20112 Bunga Siantan
- 20113 Bunga Baka Wali
- 20114 Bunga Kala
- 20115 Bunga Mata Hari
- 20116 Bunga Medan
- 20117 Bunga Kekwa
- 20118 Bunga Pandan
- 20119 Bunga Butang
- 20120 Bunga Tongking
- 20121 Bunga Kemboja
- 20122 Bunga Kemuning
- 20123 Bunga Kantan
- 20124 Bunga Seroja
- 20125 Bunga Chinta Berahi
- 20126 Bunga Putri Malu
 
Berikutan faktor usia dan kemampuannya yang terhad, lokomotif Kelas 20 digantikan secara berperingkat, dan akhirnya ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1988.



No comments:

Post a Comment