Frasa “letak karak di punggung”, juga dianggap sebagai
peribahasa yang digunakan dalam dialek Kelantan. Namun, banyak generasi muda
yang tidak memahami peribahasa tersebut, bahkan tidak faham atau tahu maksud “karak”.
Karak ialah istilah Kelantan yang merujuk kepada suluh yang
diperbuat daripada daun kelapa kering yang yang digunakan untuk menerangi. Ia
juga dikenali dengan nama “jamung”. Dalam bahasa baku ia dipanggil andang atau
damar.
Karak tau karok digunakan untuk menerangi laluan ketika
berjalan pada waktu malam. Karak diperbuat daripada daun kelapa kering tidak
bertahan lama. Ia diikat ketat bagi memastikan nyalaan lebih tahan lama dan
mudah dipegang.
Karak yang lebih tahan lama adalah diperbuat daripada damar iaitu
bahan yang dihasilkan daripada getah beberapa jenis pokok. Damar berbantuk
keras dan nyalaan lebih lama.
Kembali kepada maksud letak karak di punggung ialah memberi
tekanan atau arahan keras agar sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan cepat
sehingga Berjaya.
Apabila punggung terasa panas disebabkan api karak, maka
tindakan akan dilakukan dengan pantas dan siap untuk mengelak karak terus
diletakkan di punggung.
No comments:
Post a Comment