Presiden naik kapal terbang kelas ekonomi.
Demi untuk melaksanakan dasar penjimatan wang rakyat,
Presiden sanggup duduk di kerusi tengah kelas ekonomi selama hampir 21 jam untuk
menghadiri persidangan antarabangsa.
Itulah yang dilakukan oleh Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, ketika
menghadiri Sidang Kemuncak APEC 2026 di Shenzhen, China yang berlangsung pada 18
hingga 19 November 2026.
Beliau menaiki penerbangan komersial China Southern Airlines bersama penumpang
biasa.
Menurut laporan media, Presiden Mexico itu duduk di kerusi 33B, iaitu kerusi
tengah dalam kabin ekonomi.
Bayangkan, pemimpin sebuah negara dengan lebih 130 juta penduduk duduk bersama
penumpang biasa dalam penerbangan jarak jauh.
Perjalanan beliau bermula dari Mexico City, singgah di Tijuana sebelum
meneruskan penerbangan ke Shenzhen.
Mexico sebelum ini mempunyai pesawat rasmi Boeing 787 Dreamliner yang
dilengkapi pelbagai kemudahan mewah.
Namun pada April 2023, kerajaan Mexico menjual pesawat tersebut kepada
Tajikistan dengan nilai sekitar AS$92.1 juta.
Keputusan itu dibuat ketika pentadbiran Presiden Andrés Manuel López Obrador
sebagai sebahagian daripada dasar penjimatan kerajaan.
Apabila Claudia Sheinbaum mengambil alih kepimpinan Mexico pada Oktober 2024,
beliau meneruskan pendekatan tersebut.
Dasar ini dikenali sebagai Austeridad Republicana, yang menekankan disiplin
perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan kemewahan dalam pentadbiran.
Sebab itulah penggunaan penerbangan komersial di kalangan pemimpin bukan
sesuatu yang asing dalam kepimpinan Mexico.
Tidak dinafikan, ada pemimpin negara yang memerlukan pesawat rasmi atas faktor
keselamatan, protokol dan keperluan diplomatik.
Kisah Presiden Mexico ini memberikan satu perspektif berbeza tentang
kepimpinan. Kemewahan bukanlah ukuran kehebatan seseorang pemimpin.
Apa yang lebih penting ialah bagaimana mereka menguruskan amanah dan wang
rakyat dengan bertanggungjawab.
Kredit penulis asal.
