Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk
menyelamatkan rakyat Malaysia yang terperangkap di dalam bencana banjir di
Selatan Thailand.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, memaklumkan ada
antara rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada banjir di Selatan Thailand
terpaksa dibawa menggunakan kontena ke sempadan Bukit Kayu Hitam di Kedah.
Kaedah itu dilakukan berikutan kawasan yang terjejas banjir
di negara jiran itu masih tidak boleh dilalui kenderaan ringan, bas atau lori
sekalipun.
"Jangan kalau ada yang mengadu nanti, minta maaf nak
beritahu, kita gunakan kontena (untuk pindahkan mangsa banjir di Hatyai) kerana
lori dan bas tidak boleh lalu.
"Kita gunakan kontena, duduk ramai-ramai macam
pemerdagangan manusialah agaknya, dibawa sampai ke Bukit Kayu Hitam,"
katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Mohamad berkata, usaha terus dilakukan untuk menyelamatkan
semua rakyat Malaysia yang terkandas, termasuk semalam dan hari ini selepas
hujan mula reda.
"Kita hantar beberapa bot bantuan daripada pihak
berkuasa Thailand untuk selamatkan rakyat di tiga hotel, termasuk pelajar dan
pensyarah universiti yang terperangkap.
"(Sebelum ini) mereka tidak boleh diselamatkan menaiki bot kerana arus deras dan hotel ini berhampiran sungai," katanya.
Berita - 27 November 2025
"(Sebelum ini) mereka tidak boleh diselamatkan menaiki bot kerana arus deras dan hotel ini berhampiran sungai," katanya.

No comments:
Post a Comment