Harga
buah durian sekarang mahal sangat. Pengalaman beli durian tiga atau empat biji
RM10 seakan-akan tidak akan berulang lagi. Alasan
biasa mengapa harga malah sebab belum musim buah durian dan bekalan kurang.
Maka teori permintaan dan penawaran berlaku. Apabila permintaan meningkat,
sedangkan penawaran tidak bertambah, maka harga akan meningkat.
Ada
segelintir pihak yang tularkan dalam media sosial mencadangkan supaya guna
kuasa pengguna iaitu boikot buah durian. Raja buah ini bukan diimport dari luar
negara, macam mana harganya boleh melambung tinggi dan mengarut.
Malangnya,
usaha boikot itu tidak menjadi. Lagi dibuat kempen, semakin ada pula orang
ingin membelinya. Yang membeli itu berasa 'hebat' kerana membeli barang mahal.
Makan durian sudah dianggap lambang kemegahan.
Satu
lagi, itu lambang atau bukti kuasa membeli rakyat Malaysia tinggi. Ada orang
mampu membeli makanan yang dianggap sudah terlalu mahal dan tidak masuk akal.
Kalau
semua orang pakat boikot, mahu rugi besar tauke durian. Durian tidak boleh
disimpan lama, melainkan diawet beku. Tidak ada pilihan melainkan kena jual
dengan harga lebih rendah.
Durian harga mahal bukan saja
jenis klon, tetapi juga turut mendapat tempias kenaikan harga ialah durian
kampung.
Walaupun
buah durian kampung isinya nipis tapi baunya enak dan rasanya manis berlemak.
Harganya baru antara RM10 higga RM20 sekilogram. Masih mampu beli.
Kepada
mereka memiliki tanah, elok ditanam pokok durian. Pokok durian tidak sukar
untuk ditanam dan dijaga. Jika dari baka 'baik' dan dijaga dengan elok, tempoh mendapat
hasil pertama ialah empat atau lima tahun.
No comments:
Post a Comment