Durian ada banyak
jenis. Di Malaysia durian raja kunyit atau musang king paling terkenal. Tedapat
satu nama durian yang agak jarang dikenali iaitu durian daun atau di setengah
tempat dipanggil durian aur. Di Melaka terdapat nama tempat dinamakan Durian
Daun. Mungkin nama tempat Durian Daun diambil dari nama jenis durian daun.
Pokok durian daun
boleh dianggap tumbuhan liar. Jarang orang menanam durian daun. Buah durian daun
berbentuk bulat seperti bola dengan berat kurang dari 1 kilogram. Warna buah
tetap hijau dari muda sampai buah masak dan jatuh dari pohon.
Duri pada durian daun
lebih panjang dibandingkan durian biasa dan sedikit lembut yang jika dipegang
tidak terasanya kesan tajam dirinya. Buah durian daun mudah dikopek. Isi buah
durian daun agak nipis dan bilangan ulas biasanya satu atau dua ulas sahaja
untuk satu pangsa.
Rasa atau bau isi
buah durian daun agak tengik atau maung. Bau menusuk sampai ke kepala. Sebab
itu tidak ramai suka makan durian daun. Sebab itu juga mengapa orang tidak
menanam durian daun. Durian daun bukan sahaja tidak disukai manusia, bahkan
tupai juga tidak gemar durian daun. Jadi, buah durian daun terselamat dari
ancaman tupai.
Namun, bagi orang
yang sudah biasa makan durian daun, bau tengik tidak menjadi penghalang untuk
menikmatinya. Maka, tidak pelik ada orang lebih suka makan durian daun
berbanding durian biasa. Rasa durian daun dianggap istimewa lain dari yang
lain. Makan durian daun dikatakan tidak memberi kesan seperti durian biasa.
No comments:
Post a Comment