Hasil
kajian terkini diterbitkan Public Health England (PHE) iaitu sebuah agensi
kesihatan awam utama di United Kingdom mengesahkan bahawa kesan vape ke atas
kesihatan adalah 95 peratus kurang mudarat berbanding rokok tradisional.
Kajian
yang sama dijalankan oleh penyelidik di King's College London menunjukkan
bahawa vape membantu lebih 50,000 perokok di England berhenti merokok dalam
setahun.
Kajian
itu menjelaskan bahawa vape nikotin ialah produk paling popular menjadi pilihan
untuk bantu berhenti merokok di England pada tahun 2020 berbanding terapi
penggantian nikotin.
Hasil
laporan itu juga menyokong kajian yang sedia ada sekaligus mengukuhkan bukti
kepentingan vape bagi membantu perokok berhenti merokok.
Selain
itu, kajian oleh Action on Smoking and Health (ASH) iaitu sebuah badan NGO
dengan kawalan tembakau di United Kingdom merumuskan bahawa 58.9 peratus
daripada penghisap vape di Britain ialah bekas perokok dan golongan ini
bertambah dari tahun ke tahun.
Tambahan
juga, University College of London Smoking Toolkit Study yang menyumbang kepada
data bulanan tingkah laku perokok dan langkah kawalan tembakau juga menunjukkan
hubungan jelas antara kadar perokok berhenti merokok dengan peningkatan
penggunaan vape.
Pun
begitu, vape tetap dianggap mendatangkan keburukan untuk kesihatan. Ia hanya dianggap
‘baik’ untuk menggantikan rokok.
Kepada
mereka yang belum pernah merokok, jangan sekali-kali mencuba rokok dan vape.
Kedua-duanya amalan tidak baik.
No comments:
Post a Comment