Sudah
menjadi aturan alam, kekayaan tidak datang dengan sendirinya seperti kata
pepatah, yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang, jika tidak gigih berusaha
mendapatkannya.
Justeru,
setiap pekerja mesti gigih mencari rezeki untuk mendapat kekayaan yang lebih
dan buang sikap malas berusaha yang menjadi penghalang kepada kejayaan hidup.
Golongan
muda mempunyai peluang yang terbuka luas untuk mencari sebanyak mungkin
kekayaan dan kejayaan memandangkan tenaga masih kuat serta semangat yang
sentiasa membara.
Sikap
sesetengah golongan muda yang lebih suka menghabiskan masa bersukaria perlu
dihentikan kerana pada umur muda inilah perlu dipergunakan sepenuhnya untuk
mula mengorak langkah menuju kejayaan.
Rasulullah
pernah mengingatkan golongan muda agar menggunakan kesempatan umur muda sebelum
sampai umur tua.
Kelebihan
ketika muda perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memulakan usaha mencari rezeki
kerana tenaga masih kuat, bersemangat, tahan cabaran dan bercita-cita
tinggi.
Bertindak
awal dalam usaha mencari kejayaan hidup perlu memandangkan kejayaan tidak dapat
dicapai dengan mudah dalam tempoh yang singkat.
Kita
dapat perhatikan banyak individu yang berjaya sebenarnya telah berusaha dalam
tempoh masa yang lama. Ada yang berusaha berpuluh-puluh tahun baharu mencapai
kejayaan.
Sebab
itu, kita kena berusaha sejak dari usia muda lagi agar mencapai kejayaan pada
masa hadapan.
Sekiranya
bermula awal, maka diharapkan cepatlah juga mencapai kejayaannya. Masa yang
berlaku adalah sebahagian umur kita yang mesti dimanfaatkan untuk kejayaan
hidup.
Sesiapa
yang mensia-siakan masa bermakna mempersiakan sebahagian umur yang tidak dapat
diganti lagi.
Terdapat
individu yang berpegang kepada fahaman yang tidak ingin kepada kemewahan hidup
dan sudah berasa memadai cara hidup sederhana sekadar memenuhi keperluan asas
saja.
Tindakan
itu sebenarnya bukan satu pilihan, tetapi sikap yang tidak mahu berusaha
disebabkan ia memerlukan kesungguhan dan mengorbankan banyak perkara.
No comments:
Post a Comment