Di
negeri yang telah diumumkan beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara dibenarkan
membuka lebih banyak operasi perdagangan dan pengedaran.
Menteri
Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara sektor
terbabit ialah kedai buku dan alat tulis, komputer serta telekomunikasi,
barangan elektrik, kedai cuci kereta dan kedai gunting rambut.
“Sementara
pasar tani dan pasar pagi juga akan dibenarkan beroperasi dari pukul 7 pagi
hingga 11 pagi. Bagaimanapun, jualan terhad kepada enam komoditi utama iaitu
sayur, buah, barangan runcit, ayam proses, makanan laut dan daging.
“Pasar
minggu, pasar malam dan pasar tamu pula masih tidak dibenarkan dibuka,” katanya
ketika sidang akhbar secara maya hari ini.
Beliau
mengingatkan pengusaha-pengusaha sektor yang dibenarkan beroperasi termasuk
pasar tani dan pasar pagi agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Menurut
Sabri lagi, di bawah Fasa Dua, kapasiti pekerja bagi sektor swasta dalam
perkhidmatan perlu akan dinaikkan kepada 80 peratus. Pihak majikan perlu
memastikan penjarakan fizikal dan SOP yang ditetapkan dipatuhi setiap masa.
“Semua
aktiviti sukan dan rekreasi secara individu dan tiada sentuhan fizikal dengan
mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua hingga tiga meter bagi
tujuan kesihatan, kecergasan dan kemahiran kendiri juga dibenarkan.
“Ini
termasuk aktiviti secara berindividu seperti joging, senaman, taichi,
berbasikal, ‘skate boarding’, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis
perseorangan, golf, permotoran dan seumpamanya,” jelasnya.
Lima
negeri yang diumumkan beralih kepada Fasa Dua ialah Kelantan, Terengganu,
Pahang, Perak dan Perlis yang bermula Isnin ini.
No comments:
Post a Comment