Saturday 30 April 2022

PCAK BAWA SENYUMAN KEPADA ASNAF

  
Ramadan menguji kita bukan sahaja erti lapar dan dahaga, tetapi yang lebih penting adalah rasa takwa kepada Allah. Adakah kita bersedia melakukan perintah Allah dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana-Nya, atau sebaliknya. 
 
Firman Allah SWT bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa". (Surah al-Baqarah, ayat 183) 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) menjadi saksi sikap pemurah dan cakna yang bertindak atas nama individu, syarikat mahupun NGO menghulur bantuan kepada asnaf. 
 
PCAK menerima sumbangan untuk diagihkan kepada asnaf lebih banyak pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain. Mereka melakukan kebajikan demi untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda sepanjang Ramadan. 
 
Namun, apa nasib asnaf selepas Ramadan ini? PCAK berharap dapat terus menerima sumbangan, biarpun mungkin berkurangan sedikit, untuk diagih-agihkan kepada asnaf sepanjang tahun. 
 
PCAK menerima apa sahaja bentuk sumbangan yang boleh diagihkan kepada asnaf. 
 
Anda boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639. 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment