Monday, 16 May 2022

CARA BUAT ONDE-ONDE KAEDAH TRADISIONAL

  
Cara membuat onde-onde. Sekarang resipi buat onde-onde amat mudah berbanding dahulu. Cara tradisi hendak buat onde-onde agak mengambil masa kerana perlu melalui proses penyediaan bahan asas. Beras pulut perlu dikisar sendiri. 
 
Beras pulut kena dirandam dulu beberapa jam untuk dijadikan ia lembut. Beras pulut yang sudah lembut itu dikisar menggunakan kisaran. Proses itu saja telah banyak menggunakan tenaga. 
 
Beras pulut yang dikisar dicampur dengan air akan terbentuk seperti santan. Setelah semua beras dikisar, beras pulut yang dalam bentuk cecair itu akan dimasukkan ke dalam kain puith atau guni gandum untuk ditapis atau mengeluarkan air sehingga terbentuk adunan pejal. 
 
Proses ini saja mengambil masa setengah jam hingga sejam. Ini kerana tidak ada alat pemampat. Biasanya hanya menggunakan kisaran untuk memampatnya yang dibirkan beberapa lama. 
 
Kalau dulu untuk sampai ke peringkat menyediakan adunan beras pulut telah mengambil masa berjam-jam, sekarang ini tidak sampai 10 minit. Boleh guna tepung beras pulut dan digaul terus dengan air. 
 
Kuih onde-onde atau kuih buah melaka ini adalah kuih tradisional yang telah ada sejak turun temurun. Selain dari popular pada bulan Ramadan, kuih ini juga sangat sesuai untuk juadah minum petang. 
 
Umumnya kuih ini berwana hijau kerana guna daun pandan asli. Namun ada juga mengguna pelbagai jenis pewarna. Namun, apapun warnanya cara membuatnya tetap sama. 
 
Tak banyak bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ini dan cara membuatnya pun mudah. 
 
Bahan asas yang diperlukan ialah tepung beras pulut, menisan (gula Melaka), daun pandan (atau perisa berwarna) dan kelapa muda parut. 
 
- Gaul tepung pulut dengan air yang telah dicampur pewarna atau air daun pandan yang dikisar dan telah ditapis. 
- Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. 
- Letakkan gula melaka (yang telah dipotong kecil) dan gentel menjadi bulat. 
 - Masukkan ke dalam air mendidih. 
- Angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika. 
- Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut muda. Kelapa parut berfungsi mengelak onde-onde melekat sesama sendiri, selain memberi rasa yang sedap. 
- Siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment