Wednesday, 1 June 2022

PERATURAN WAKTU PERLU KIBARKAN BENDERA

 
Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan menetapkan supaya bendera dikibarkan dan diturunkan di bangunan-bangunan kerajaan mengikut waktu pejabat biasa dan di sekolah-sekolah mengikut waktu kelas pertama dan menurunkan selepas kelas terakhir tamat.  
 
Manakala dalam tradisi tentera di negara kita, Jalur Gemilang dikibarkan mulai pukul 7.00 pagi dan diturunkan pada pukul 7.00 malam. 
 
Menaikkan dan menurunkan bendera di kem tentera dilakukan dengan penuh istiadat dan menjadi rutin yang mesti dilaksanakan. 
 
Kalaupun tidak dinaikkan dan diturunkan setiap hari, janganlah dibiarkan sehingga lusuh dan koyak. Kalau sudah lusuh atau koyak, turunkan bendera itu dan digantikan dengan yang baharu.


No comments:

Post a Comment