Eddlee Fried Chicken (EFC) merupakan jenama
ayam goreng tempatan terkenal di Kelantan. Biarpaun tidak sehebat jenama ayam
goreng antarabangsa, EFC tetap mempunyai penggemar atau peminat tersendiri.
Operasi EFC bermula pada tahun 1987 dengan
penjualan di pasar-pasar malam. Ia kemudian berkembang dengan membuka kedai
atau kios dan kini berstatus restoran apabila membolehkan pelanggang makan dan minum
di situ.
EFC yang kini mempunyak 14 cawangan restoran
yang beroperasi di sekitar Kota Bharu terus fokus dalam mengekalkan rasa yang
tersendiri selain harga murah. Biarpun telah beroperasi di bangunan berstatus
restoran yang selasa, harga ayam EFC Fried Chicken kekal pada standard ‘harga
pasar malam’ iaitu RM3.30 seketul sebelum cukai jualan dengan saiz ayam
standard.
Dengan rasa dan kualiti terbaik, serta
harga yang mampu beli, EFC menyasarkan pembeli dari segenap lapisan dan tidak
tertumpu pada sesuatu kelompok sahaja.
EFC mempelawa penggemar ayam goreng untuk
cuba merasai keenakan produk tempatan yang operasinya dikendalikan sepenuhnya
oleh orang tempatan tanpa ragu-ragu.
Sokong jenama tempatan dan dimiliki sepenuhnya
oleh peniaga muslim adalah satu jihad ekonomi yang perlu disertai oleh setiap
orang.
Eddlee Fried Chicken, dimiliki oleh Eddlee
Ismail.
No comments:
Post a Comment