Saturday, 1 February 2025

JANA PENDAPATAN MELALUI AFFILIATE

 
Di media sosial TikTok dan Facebook menyediakan peluang untuk pemilik akaun menjana pendapatan melalui ahli gabungan (affiliate). 

Melalui program ini, pemilik akaun tidak perlu menjual, tetapi mengambil bahagian sebagai ahli gabungan mengiklankan produk milik peniaga lain. Pemilik akaun berpeluang mendapat komisen jika produk yang diiklankan berjaya dijual.
 
Menyedari menjadi ahli gabungan di media sosial mampu memberi komisen, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagiaan Kota Bharu mengambil usaha untuk memperkenalkan program ahli gabungan kepada ahli-ahli yang minat.
 
Sebagai permulaan sebanyak 20 orang dipilih untuk menjadi perintis kepada program yang dinamakan “Jana Pendapatan Bersama CREATIVE EARN”.
 
Melalui program tersebut, peserta berpeluang untuk belajar menjadi pendapatan melalui Tik Tok Affliate (Ahli Gabungan Tik Tok). Mereka didedahkan dengan latihan dan bengkel yang dikendalikan oleh individu yang telah berjaya sebagai ahli gabungan dan memperoleh komisen yang agak lumayan.
 
Peserta juga berpeluang untuk menggunakan kemudahan ruang untuk aktiviti dan capaian internet yang sesuai untuk ahli gabungan.
 
Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Kota Bharu, Fikhran Hamshi bin Mohamad Fatmi, ketika merasmikan program, berharap peserta yang terpilih mengambil kesempatan yang disediakan untuk aktif di media sosial dan mendapat pendapatan melaluinya.
 
Katanya, kebaikan media sosial bukan sekadar untuk perhubungan di alam maya, tetapi juga boleh dijadikan “kerjaya” yang mendatangkan pulangan lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan cara yang betul.

 



Fikhran Hamshi 

No comments:

Post a Comment