Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka menjana lebih
3,200 peluang pekerjaan menjelang fasa operasi dan penyelenggaraan yang bermula
Januari 2027, dengan 80 peratus daripada tenaga kerja terdiri daripada rakyat
tempatan. Ini peluang besar untuk anak-anak muda kita membina kerjaya dalam
industri rel moden.
Sebagai persiapan, pelatih dari Malaysia akan menjalani
latihan intensif di Liuzhou, China selama setahun. Latihan ini merangkumi teori,
praktikal serta pengalaman operasi rel untuk memastikan mereka bersedia
menyertai industri rel moden.
Latihan tersebut melibatkan pelbagai bidang seperti penolong
pemandu tren juruteknik isyarat, juruteknik overhead line dan Penyelenggaraan
EMU & E-Loco. Para pelatih ini dijamin peluang pekerjaan dengan ECRL
selepas tamat latihan. Ini bukan sekadar latihan dan ini adalah laluan kerjaya
sebenar.
Malaysia dan China telah menubuhkan syarikat usaha sama,
ECRL Operation Sdn Bhd, untuk mengendalikan dan menyelenggara ECRL. Inisiatif
ini disokong oleh Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) yang
telah diperkenalkan sejak 2017.
Ia adalah susulan usaha sama yang dicapai antara Malaysia
dan China untuk menubuhkan ECRL Operation Sdn Bhd, sebuah syarikat operasi
bersama bagi pengendalian dan penyelenggaraan ECRL.
Penubuhan ECRL Operation, syarikat usaha sama antara
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company
Ltd (CCCC) dengan pegangan 50:50, bakal memperkasa sektor rel negara menerusi
penyertaan besar-besaran tenaga kerja tempatan.
Penubuhan syarikat operasi serta latihan berstruktur itu
menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan projek mega ECRL bukan sahaja
membina jaringan rel moden, malah membina masa depan rakyat Malaysia.
khairolirwan48@gmail.com
ReplyDeletekhairolirwan646@gmail.com
ReplyDeleteiceblenzbubble@gmail.com
ReplyDelete