Wednesday, 8 April 2026

IMAM RAKAM ADIK IPAR MANDI

 
Seorang imam sambilan di sebuah surau dijatuhi denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di Kota Bharu pada 8 April 2026 selepas mengaku bersalah merakam adik iparnya yang sedang mandi pada hari keempat Aidilfitri atau 24 Mac 2026.

Tertuduh berusia 36 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu dengan sengaja merakam seorang wanita berusia 27 tahun dengan niat mengaibkan kehormatan serta mengganggu kesantunannya.

Kejadian berlaku pada 24 Mac 2026 sekitar jam 6.30 petang di sebuah rumah di Kok Lanas, Ketereh., ketika ahli keluarga berkumpul balik kampung sempena Aildilfitri.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Rais Imran menegur tindakan tertuduh sebagai mencemarkan maruah keluarga. Sebagai individu berpendidikan undang-undang dan imam, tertuduh sepatutnya melindungi maruah keluarga, bukan mengambil kesempatan. Jangan jadi seperti haruan makan anak.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM8,000 atau penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar. Tertuduh membayar denda tersebut.

Berdasarkan fakta kes, mangsa menemui telefon bimbit yang disembunyikan di atas dinding bilik air ketika mandi.

Pemeriksaan mendapati telefon itu milik tertuduh, lalu mangsa merampasnya sebelum membuat laporan polis bagi mengelakkan rakaman tersebar.

No comments:

Post a Comment