Saturday, 21 November 2026

KASTURI ATAU KESTURI EJAAN BETUL UNTUK SEJENIS LIMAU KECIL

 
Kasturi atau kesturi ejaan betul untuk sejenis limau kecil?

Seorang pelawat laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada bertanya soalan berikut:

Salam, apakah ejaan yang betul untuk 'limau kasturi'? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ditulis limau kesturi, tetapi masyarakat umum lebih serasi dengan ejaan limau kasturi. Adakah salah jika saya gunakan limau kasturi? Terima kasih.

Jawaban adalah: Ejaan yang betul ialah limau kesturi seperti dalam Kamus Dewan Edisi Empat.

Jadi, kita guna ejaan kesturi untuk sejenis limau kecil, Citrus microcarpa.

Limau kesturi yang betul, bukannya limau kasturi.

Kasturi adalah nama sejenis kuih iaitu kuih kasturi atau kuih rengas. Kuih ini juga dipanggil kuih kesturi.

Anak benih limau kesturi. 

 

No comments:

Post a Comment