Monday, 26 December 2016

KENALI JENIS KETAM BERDASARKAN SIKAP

Banyak jenis ketam. Macam-macam ada. Tetapi yang lebih kerap disebut ialah ketam laut dan ketam nipah. 

Harga ketam meningkat naik apabila dikatakan dapat menyembuhkan penyakit deman denggi. Akibatnya harga ketam, terutamanya ketam nipah mencecah sehingga RM40 sekilo. 

Terdapat dua lagi nama ketam yang jarang disebut ketika hendak membeli ketam, tetapi kerap diungkapkan ketika ceramah. Ketam itu ialah ketam Melayu dan ketam Cina.

Mari kita kenal mana ketam Melayu dan mana ketam Cina berdarkan kisah ini:

Pembeli: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Peniaga:: Ada… ada… Lu mau ketam Cina ka ketam Melayu?

Pembeli:: Aik! Ketam pun ada Melayu dengan Cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam Melayu, mana ketam Cina?

Peniaga:: Itu sana dalam bekas ada tutup… ketam Cina.... sana dalam bekas tak ada tutup… ketam Melayu la…

Pembeli:: Apa pasal ketam Cina apek kasi tutup....ketam Melayu apek tak kasi tutup?

Peniga: Itu ketam Cina kalau satu ekor keluar....yang lain akan tengok dan belajar macam mana dia boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Pembeli: Ketam Melayu tak itu macam ka?

Peniga: Ketam Melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar. Yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.


PENGAJARA KISAH INI:

Begitulah cerita ketam Melayu dengan ketam Cina. Hakikatnya, jika orang Cina berniaga....Cina lain tak kacau…dia tengok saja dan belajar macam mana dia boleh berjaya. 

Cina yang sudah berjaya itu pula, akan ajar dan tolong Cina lain agar dia pun berjaya juga.

Kalau orang Melayu, bila satu Melayu berjaya, Melayu lain akan guna apa saja supaya Melayu tu jatuh balik. 

Macam ketam Melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, akhirnya tiada satu pun dapat naik. Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. Sebab itu Melayu susah nak maju.

Jadi janganlah kita menjadi seperti ketam itu. Sama-samalah kita membantu antara satu sama lain. Jangan menfitnah dan memburukkan orang lain untuk berjaya.  

Berusahalah bersama-sama untuk kejayaan bersama kerana Allah telah tetapkan rezeki masing-masing mengikut apa yang diusahakan.

No comments:

Post a Comment