Melayu perlu bersatu dan terus mempertahankan kedudukan sebagai
penguasa di Malaysia. Pada masa yang sama, peluang untuk memperkukuhkan
penguasan ekonomi perlu dilakukan segera.
Perbuatan itu diperhatikan pihak luar yang memperlihatkan bahawa pemimpin Islam sanggup melanggar sumpah dan janji semata-mata ingin turut bersama dengan mereka.
Sikap Melayu yang berpecah sesama sendiri memberi kesan buruk.
Permusuhan sesama sendiri memberi ruang bangsa lain mengambil alih penguasaan
Melayu dalam politik. Apa yang berlaku seperti menang sorak, kampung
tergadai.
Akibat persengketaan sesama sendiri, banyak potensi, masa dan
peluang dipersia-siakan begitu saja. Apa yang diharapkan untuk keadaan
lebih baik terlepas begitu saja.
Pada masa yang sama, tentu ada bangsa lain mengambil peluang
untuk berkuasa.
Sedangkan orang Melayu masih tidak sedar ancaman yang sedang
dihadapi. Masih bermusuhan sesama sendiri. Malah ada Melayu sanggup
membantu bangsa lain untuk mengambil alih kuasa pemerintahan Melayu.
Kisah sejarah silam ada orang Melayu menjadi pengkhianat
sehingga Melayu hilang kuasa nampaknya berulang kembali. Mereka lebih rela
bangsa sendiri dihina dan diperlakukan perbuatan biadap.
Sekiranya orang Melayu gagal untuk mempertahankan kerajaan
dikuasai Melayu, tidak mustahil bukan Melayu akan menjadi Perdana Menteri.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak disebut Perdana Menteri
mesti dari kalangan Melayu atau Bumiputera. Sesiapapun boleh menjadi
Perdana Menteri Malaysia.
Cita-cita bangsa lain untuk menguasai tampuk pemerintahan negara
tidak dapat disembunyikan lagi. Mereka melakukan perancangan sejak sekian
lama.
Perkara ini semakin menjadi kenyataan apabila ada Melayu yang
membantu hasrat itu.
Ada Melayu yang selama ini berjuang berpuluh-puluh tahun dalam
satu parti yang sinonim dengan mereka, sanggup meninggalkan parti semata-mata
ingin bersama-sama dengan dengan bukan Islam, biarpun bukan dalam satu
parti.
Mereka menubuh parti baru untuk membolehkan bersatu dalam
gabungan parti untuk menumbangkan pemerintahan dan penguasaan Melayu Islam di
Malaysia.
Secara konsepnya, tindakan itu tidak menyalahi
undang-undang. Maka tidak ada yang boleh disalahkan secara
undang-undang. Namun, secara moralnya, perbuatan itu satu pengkhianatan
kepada bangsa sendiri demi kepentingan diri.
Mereka
seperti merestui tindakan biadap individu yang bersikap biadap kepada pemimpin
Islam. Malah, mereka sanggup menggadai maruah diri dijadikan boneka pihak
lain untuk menjatuhkan kerajaan. Mereka mencari pelbagai alasan untuk
menghalal perbuatan yang dilakukan.
Perbuatan itu diperhatikan pihak luar yang memperlihatkan bahawa pemimpin Islam sanggup melanggar sumpah dan janji semata-mata ingin turut bersama dengan mereka.
Jika
dalam soal hukum hakam agama mereka boleh berkompromi, maka tidak pelik jika
dalam perkara lain mereka juga boleh bertolak ansur untuk menjatuhkan kuasa
Islam di Malaysia.
Mereka
menjadi patung wayang kulit yang setiap pergerakan dan suara ditentukan oleh
pihak lain.
No comments:
Post a Comment