Zakat fitrah ialah
zakat diri difardukan ke atas setiap muslim berkemampuan dengan
syarat ditetapkan. Syarat wajib zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau
tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan
makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari
raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari
jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam
matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas
terbenam matahari akhir Ramadhan.
Waktu keluar atau tunai zakat fitrah adalah
bermula masuk bulan Ramadan hingga sebelum menunaikan sunat Aidilfitri. Zakat ditunaikan
selepas sunat Aidilfitri dianggap sedekah.
Jenis digunakan untuk tunai zakat fitrah
adalah makanan rugi atau asasi setempat seperti beras, gandum dan kurma. Namun,
amalan rakyat Malaysia menunaikan zakat fitrah menggunakan wang. Menurut ulama Hanafi, zakat fitrah boleh dibayarkan dengan
nilainya (qiimatuhu), iaitu dalam bentuk wang yang setara nilainya dengan
makanan..
Kadar harga
zakat fitrah seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke
57 bertarikh 10 Jun 2003 bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah
berdasarkan harga setempat oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A
mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg.
No comments:
Post a Comment