Tuesday, 8 December 2020

JANGAN SUKARKAN PERKARA YANG SENANG

 
Tengok gambar ini, terfikir satu perkara. Mengapa mesti ikut langkah atau cara tersebut. Ada cara mudah, tetapi mengapa buat cara lebih susah dan memenatkan. Dahlah kena pikul kayu, kena pikul orang pula. Berat woi. 
 
Cara mudah yang dimaksudkan ialah letak sahaja kayu itu sebagai titi. Ketiga-tiga boleh melintas dengan mudah dan selamat. 
 
Bahkan, parit itu bukan luas pun. Langkah lah aje. Itu cara paling mudah. 
 
Kita diajar supaya melakukan perkara yang mudah. Jangan susahkan perkara yang mudah. 
 
Malang sekali ada orang bijak pandai yang cuba menyukarkan perkara mudah. Tindakan itu dilakukan semata-mata untuk menyokong bahawa apa yang dilakukan adalah yang terbaik.

No comments:

Post a Comment