Pantai
Nusuk, Kampung Tanjung Kuala Sabak semakin terkenal apabila tular di media
maya. Pantai Nusuk dikira satu jenama baharu di Kampung Kuala Sabak kerana baharu
dibuka kepada orang ramai bermula 16 September 2021.
Sebelum
ini, kawasan Pantai Nusuk merupakan kawasan terpencil yang dipenuhi semak-samun
termasuk pokok bakau dan tapang selain tanah berpaya.
Perkatan
‘susuk’ adalah dalam dialek Kelantan bermaksud sembunyi. Perkataan itu disebut
‘nusuk’ sebagai kata kerja yang bermaksud bersembunyi. Nusuk juga bermaksud
tersembunyi.
Seorang
penduduk kampung, Shamsuddin Daud, 45, yang menyedari potensi kawasan itu mampu
menarik banyak pengunjung telah membersihkan dan mengindahkan kawasan tersebut.
Beliau
dengan dibantu dua orang anak lelaki melakukan usaha tersebut selama hampir dua
tahun sebelum ia dibuka kepada orang ramai.
Sebelum
ini, Kampung Tanjung Kuala Sabak hanya dikenali sebagai perkampungan nelaya
tradisi. Ia terletak di muara Sungai Pengkalan Datu yang memisahkannya dengan
Kampung Pantai Senok.
Terletak
lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kota Bharu dan hanya beberapa kilometer
dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Di
sini, segala aktiviti menangkap ikan adalah berunsurkan tradisional dengan
menggunakan perahu kolek berenjin galah, yang dihias cantik dengan pelbagai
corak dan ukiran yang menarik dan berwarna-warni.
Tradisi
mengukir dan mengecat badan bot dengan hiasan ukiran dan dicat warna warni
telah lama diamalkan nelayan di sini yang menjadi identiti mereka.
Sebenarnya,
majoriti penduduk di Kampung Tanjung Kuala adalah penduduk dari Kampung Pantai
Dasar, Pantai Sabak dan Pantai Kemaruk yang kediaman mereka rosak dihakis
ombak.
Penduduk
dipindahkan ke Kampung Tanjung Kuala sekitar tahun 1990 kerana adanya kemudahan
Sungai Pengkalan Datu yang membolehkan mereka meletakkan bot masing-masing tidak
jauh dari tempat tinggal.
Jadi,
mereka dapat meneruskan kerja menangkap ikan biarpun telah berpindah dari
kampung asal.
Para nelayan di sini akan mula turun ke laut pada awal pagi dan hanya akan
pulang menjelang petang dengan tangkapan masing-masing.
Berhampiran Kampung
Tanjung Kuala Sabak terdapat Pasar Nelayan Pulau Gajah, di Kampung Pulau Gajah.
Kampung Tanjung Kuala Sabak dengan Kampung Pulau Gajah terletak bersebelahan.
No comments:
Post a Comment