Mengusahakan
aktiviti pertanian memberi pulangan lumayan jika dilakukan dengan
bersungguh-sungguh.
Contohnya,
seorang kerani yang mengusahakan tanaman cendawan atau kulat secara bongkah mendapat
pulangan baik apabila mampu menjana sehingga RM15,000.
Pendapatan
itu diraih hanya untuk tempoh semusim iaitu selama enam bulan.
Dia
mengusahakan tanaman itu bermula dengan hanya 60 bongkah cendawan sebelum
meningkatkan kepada 500 bongkah lagi dan kemudian menjadi 1,000 bongkah tanaman
itu.
Menanam
cendawan tidak memerlukan banyak penjagaan. Menanam cendawan ini amat mudah
diuruskan dan tidak banyak karenah seperti tanaman lain yang perlu penjagaan
rapi dengan baja dan sebagainya.
Menurutnya,
setiap pagi sebelum masuk ke pejabat, dia akan menjengah dahulu rumah cendawan
untuk sejukkan bongkah dengan siraman air kemudian tinggalkan sahaja.
Bagi
setiap bongkah mampu menghasilkan sehingga seberat satu kilogram cendawan.
Sekarang
ini harga cendawan di pasaran sekitar RM13 hingga RM15 sekilogram.
Gambar: Penanam cendawan. Sumber dari media maya.
No comments:
Post a Comment