Semasa
proses suntikan, petugas kesihatan akan menggunakan tisu lembab yang apabila
disentuh atau disapukan ke bahagian kulit akan terasa dingin.
Banyak
orang menyangka itu adalah ubat bius untuk mengurangkan rasa sakit ketika
suntikan dibuat.
Sangkaan
itu salah. Sapuan itu sebenarnya bukan ubat bius untuk mengurangkan kesakitan
semasa suntikan.
Sapuan
itu adalah sapuan alkohol. Ia disapu di kawasn suntikan untuk membasmi kuman,
agar ketika suntikan nanti, tiada kuman yang akan ikut masuk ke dalam badan.
Pendek
kata, ia untuk elakkan jangkitan kuman.
Namun
begitu, sapuan alkohol ni agak dingin, dan sesetengah orang akan mengaitkan ia
dengan rasa kebas. Justeru, merasakan ia dapat mengurangkan kesakitan semasa
suntikan.
No comments:
Post a Comment