Nyamuk atau nama sainsnya ‘anophelese’
hidup di negara beriklim khatulistiwa dan tropika. Biarpun dari jenis
serangga kecil dan tidak berbisa, nyamuk tergolong serangga berbahaya. Nyamuk
boleh membunuh.
Kesan bahaya nyamuk bukan
disebabkan bisa yang dikeluarkan, tetapi bertindak sebagai vektor atau pembawa
wabak penyakit. Bagaimanapun, bukan semua jenis nyamuk membawa penyakit.
Nyamuk tidak menghasilkan sendiri
virus atau kuman yang menyebabkan penyakit. Sebab itu, penyakit yang dibawa
oleh nyamuk berlaku secara bermusim.
Antara wabak penyakit berpunca
bawaan nyamuk ialah malaria, filariasis (penyakit untut), deman denggi, deman
denggi berdarah, deman kuning dan Japanese encephalitis (JE).
Wabak penyakit ini mudah merebak dan
boleh mendatangkan maut dalam masa singkat setelah dijangkiti. Sebab itu,
sesiapa mengidap malaria, deman denggi, deman denggi berdarah dan JE perlu
mendapat rawatan segera.
Wabak penyakit bawaan nyamuk bukan
sekadar masalah dalam negara. Ancaman penyakit ini boleh dikategorikan satu
ancaman global menyerang hampir ke semua negara mengalami iklim khatulistiwa
dan tropika. Kes wabak ini turut dicatatkan di negara maju dan mengamalkan
piawaian kesihatan baik.
Paling mudah untuk difahami, semua
tempat akan terdedah kepada ancaman wabak bawaan nyamuk jika tempat terbabit sesuai
dihuni dan pembiakan nyamuk.
Kitaran hidup nyamuk yang pendek
mudah menyebabkan pertambahan bilangannya jika ada tempat yang sesuai untuk
membiak.
Setakat ini boleh dikatakan hampir
tidak ada vaksin khusus untuk menangai wabak penyakit bawaan nyamuk. Kalau
adapun, kesan vaksinnya hanya untuk tempoh masa yang tertentu.
Contohnya, vaksin untuk mencegah
malaria yang diambil hanya mampu bertahan dalam tempoh masa yang singkat. Kesan
vaksin itu juga bukan serta merta.
Manakala tidak ada vaksin untuk mencegah
deman denggi dan JE. Cara yang ada hanyalah dengan mengelak daripada digigit
oleh nyamuk. Mangsa dijangkiti wabak perlu mendapat rawatan segera.
Kelewatan mendapat rawatan boleh
membawa maut dalam tempoh masa beberapa hari selepas dijangkiti virus.
No comments:
Post a Comment