Tanggungjawab
sosial korporat (TSK) atau lebih dikenali CSR (Corporate social responsibility) adalah aktiviti sosial syarikat besar kepada masyarkat.
CSR juga dikenali sebagai kelestarian
korporat, perniagaan yang mampan, hati nurani korporat, kewarganegaraan
korporat, kapitalisme sedar, atau perniagaan yang bertanggungjawab.
CSR
biarpun satu kerja sukarela, namun ia dianggap ‘wajib’ di kalangan syarikat
atau perniagaan swasta antarabangsa. Ia menjadi dasar organisasi dalaman atau
strategi etika korporat.
Jadi,
syarikat besar yang tidak melaksanakan CSR dipandang serong oleh industri.
Untuk berada sebaris dengan pemain dalam industri, sesuatu syarikat besar ‘terpaksa’
memperuntukan sejumlah wang bagi menjayakan projek CSR pilihan.
Secara
dasarnya, penglibatan dalam CSR adalah untuk meningkatkan keuntungan jangka
panjang dan kepercayaan pemegang saham melalui hubungan awam yang positif dan
sekaligus mengurangkan risiko perniagaan.
No comments:
Post a Comment