Saturday, 9 July 2022

Pertubuhan Prihatin Badan aktif membantu penduduk

  
Pertubuhan Prihatin Badan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif membantu masyarakat setempat dan kadang-kadang melangkaui sempadan kawasan untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan. 
 
Pertubuhan Prihatin Badang secara khususnya menumpukan perhatian untuk membantu golongan asnaf dan mereke ditimpa bencana di kawasan mukim Badang, Kota Bharu. 
 
Digerakkan oleh sebilangan aktivis kemasyarakatan dan kesukarelawan dan dibantu NGO serta kementerian, jabatan, agensi dan orang perseorangan, Pertubuhan Prihatin Badang dilihat memberi kesan yang bertepatan dengan nilai prihatin yang menjadi tiang seri kepada matlamat penubuhannya. 
 
Semoga Pertubuhan Prihatin Badang mampu terus membantu masyarakat setempat dan di tempat-tempat lain yang terjangkau oleh kemampuan. 
 
Keterangan gambar; Pertubuhan Prihatin Badang menyerahkan sumbangan hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai kepada mangsa kebakaran di Kampung Kedai Buloh pada 19 Jun 2022.  

No comments:

Post a Comment