Pantai Tapang merupakan pantai peranginan baharu di Jajahan Bachok. Ia terletak di Kampung
Kubang Golok, Daerah Perupok, Kedudukannya terletak tidak jauh dari Jalan Pengkalan Petah – Bachok.
Seperti kebanyakan pantai di jajahan Bachok, Pantai Tapang menyajikan keindahan
pantai pasir putih yang menarik dengan deruan ombak dan bayu laut yang
mendamaikan.
Nama Pantai
Tapang adalah nama khas khusus kepada tempat tersebut sahaja. Nama kampung
tersebut adalah Kampung Kubang Golok.
Nama Pantai Tapang diberikan oleh
pengusaha pantai tersebut yang berasal Kampung Tapang, Jalan Kadir Adabi, Kota Bharu.
Selain nama Pantai Tapang, ia juga dikenali dengan nama Pantai Tapang D’Noor.
Antara
aktiviti yang sesuai diadakan di Pantai Tapang ialah mandi pantai, aktiviti
tepi pantai, berkayak, berkuda, santai, BBQ, OOTD (bergambar di tempat khas
disediakan) dan pelbagai aktiviti lain.
Kemudahan
tempat letak kenderaan yang luas, surau, tandas, gerai makanan, membilas badan
dan wakaf turut disediakan. Pantai ini sesuai juga dikunjungi pada waktu malam kerana ada sistem pencahayaan yang menarik.
No comments:
Post a Comment