Bulatan Tuan Padang, lokasi terkenal di bandar
Kota Bharu. Orang Kota Bharu “wajib” kenal tempat
ini. Nama lain Bulatan Tuan Padang ialah Bulatan Jam Besar.
Nama Tuan Padang
adalah sempena nama ulama terkenal dan Jam Besar pula kerana terdapat jam besar
di tengah bulatan tersebut. Walaupun nama rasminya adalah Bulatan Tuan Padang,
tetapi di kalangan penduduk Kota Bharu lebih mengenalinya dengan nama Bulatan Tuan
Padang.
Bulatan Tuan Padang merupakan sebuah
bulatan jalan raya yang terletak di dalam bandar Bandar Kota Bharu, menghubungkan
Jalan Temenggong, Jalan Gajah Mati, Jalan Hospital, Jalan Sultan Ibrahim dan
Jalan Ismail. Pada awal pembinaannya, bulatan itu membolehkan pengguna jalan
raya masuk dan keluar pada setiap jalan. Namun, sekarang ini ada jalan yang
hanya sehala sahaja.
Bulatan Tuan Padang telah lama wujud dan
dikenali dengan nama asal Taman Bulatan. Pada awal pembinaan, selain dijadikan
bulatan untuk melancarkan pergerakan kenderaan yang melalui jalan-jalan
berkenaan, ia juga dijadikan taman untuk beristirahat di kawasan bandar. Ada
kerusi simen disediakan untuk beristirahat di situ.
Binaan dan hiasan di bahagian tengah
Bulatan Tuan Padang sering dilakukan. Kerja-kerja ubah suai terbesar pernah
dilakukan ialah pada Disember 2008, dan siap sepenuhnya pada tanggal 11 April
2009. Keseluruhan pembinaan tersebut menelan kos sebanyak RM1 juta.
Pada masa ini, Bulatan Tuan Padang dan
landskapnya diurus sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya
Islam (MPKB-BRI).
MPKB-BRI telah mengambil inisiatif menanam pokok kurma di kawasan sekeliling dataran Bulatan Tuan Padang dan pokok kurma itu pernah tular apabila ia berbuah lebat pada tahun 2014. Bagaimanpun, pada tahun-tahun lain ia berbunga tetapi tidak selebat pada tahun berkenaan.
Gambar - 1975
No comments:
Post a Comment