Pasar Terapung Pulau Suri (dahulunya
dikenali Pasar Terapung Pantai Suri) beroperasi di Pulau Suri, Tumpat, Kelantan.
Pulau Suri merupakan salah satu daripada 33 buah pulau yang terletak di Delta
Sungai Kelantan di bahagian jajahan Tumpat.
Atas usaha penduduk, Pulau Suri telah
dibangunkan sebagai pasar terapung untuk menarik pengunjung menikmati suasana pasar
terapung seperti di negara jiran.
Pelbagai jualan dan barangan yang
berasaskan tradisional dijual oleh penduduk kampung untuk pengunjung yang
datang dengan harga yang sangat berpatutan. Selain makanan tradisional,
pengunjung juga boleh mendapatkan makanan, minuman serta barangan dari negara
jiran yang turut dijual di sini.
Pasar Terapung Pulau Suri menjadi tarikan
pengunjung bukan sahaja dari Kelantan, bahkan dari luar Kelantan. Pasar
tersebut beroperasi setiap Jumaat dan Sabtu bermula 08.00 pagi sehingga 05.00
petang. Pada hari Jumaat disediakan bot untuk ke masjid berdekatan.
Untuk pengunjung datang ke Pasar Terapung
Pulau Suri perlu menaiki bot sama ada di Jeti Kuala Besar yang berada di
jajahan Kota Bharu, atau Jeti Kok Majid di jajahan Tumpat.
Perkhidmatan bot tidak berjadual itu bukan
sahaja menyediakan perkhidmatan untuk ke Pasar Terapung Pulau Suri, bahkan juga
ke destinasi lain di kepulauan tersebut.
Terima kasih pemilik asal gambar.
No comments:
Post a Comment