Saturday 15 June 2024

RETREAT PUTERI UMNO KOTA BHARU 2024

 
Retreat membawa maksud pengunduran atau pengasingan bagi menilai pencapaian dan keupayaan sebelum merancang untuk maju ke hadapan. Sesebuah organisasi kerap melakukan aktiviti retreat di kalangan staf atau ahli bagi mencari kesepakatan dan membina semula pasukan ke arah matlamat yang lebih cemerlang.
 
Justeru, Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu telah mengadakan retreat melibatkan Ahli Jawatankuasa Bahagian dan Ketua Puteri Cawangan selama dua hari di sebuah resort di Bachok. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Fatmi Che Salleh.
 
Retreat yang dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perkaderan dan Latihan (MPL) UMNO Bahagian Kota Bharu itu melibatkan 45 orang peserta, bertujuan untuk membentuk kerjasama di kalangan ahli, suai kenal, membina keyakinan, mendedahkan kefahaman sistem parti kepada ahli dan perancangan aktiviti masa hadapan.
 
Ketuanya, Nur Afiqah Zulkifli menzahirkan rasa bersyukur perjalanan retreat berjalan dengan lancar dan mengharapkan ia menjadi landasan terbaik memperkasakan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu dalam melaksanakan aktiviti kepartian dan menarik lebih banyak ahli baharu di kalangan wanita muda.
 
Menurutnya, hasil retreat tersebut semangat ahli dilihat berada pada tahap tertinggi untuk melaksanakan aktiviti pada masa hadapan dan kefahaman mereka tentang peranan yang boleh dilakukan semakin berfokus dan memberi impak yang tinggi.




No comments:

Post a Comment