Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri
Kelantan diamanahkan oleh Nestle untuk mengagihkan kit makanan kepada
mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan. Kit
makanan itu merupakan pelbagai jenis produk keluaran Nestle yang dimasukkan di dalam
kotak plastik beroda untuk memudahkan untuk dibawa dan penyimpanan. Berat keseluruhan produk hampir 20 kilogram untuk setiap kotak.
Setakat 3 Disember 2024, BSMM Negeri Kelantan telah menerima lebih 1500 kit makanan dari Nestle. Sebaik menerima kit tersebut ia terus diagihkan secara berperingkat-peringkat sehingga habis. Pengagihan kit makanan dilakukan sukarelawan BSMM Negeri Kelantan dengan kerjasama pengurusan PPS dan pemimpin setempat.
Agihan kit makanan sumbangan Nestle hanya dibuat di PPS. Jika ada sumbangan pihak lain, agihan dibuat sepertimana permintaan penyumbang. BSMM Negeri Kelantan menjadi pengantaraan pihak penyumbang atau penaja kepada mangsa-mangsa banjir.
Konsep agihan ialah “agih sampai habis”. Kalau ada yang baru diterima, terus diagihkan. Tidak ada simpanan di stor. Barang yang diterima diperlukan segera oleh mangsa banjir. Jadi, ia segera diagihkan. Kalupun ada diletak sementera di stor, itu menunggu sebelum diambil oleh sukarelawan untuk dihantar ke lokasi pengagihan. Tiada istilah stok.
Terima kasih kepada sukarelawan yang bersedia berkhidmat bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Membantu selagi mampu, hidup biar ada bakti biarpun sekecil hama.
No comments:
Post a Comment