Friday, 20 November 2026

WARNA BUAH PISANG NANGKA KEKAL HIJAU

 
Warna buah pisang nangka kekal hijau biarpun telah masak.

Ciri fizikal itu antara cara untuk mengenali buah pisang nangka. Ciri lain untuk menentukan buah pisang nangka (kod pendaftaran Jabatan Pertanian: MP2) ialah rasa manis sedikit masam, serta aroma wangi yang kuat seperti nangka.

Biarpun dikatakan warna buah pisang nangka kekal hijau biarpun telah masak, ada juga kadang kala sedikit kekuningan jika terlalu matang.

Kulit pisang nangka yang telah masak agak lembut.

Isi padat, agak kenyal dan sesuai untuk masakan kerana tidak mudah hancur ketika digoreng. Rasanya manis dengan sedikit rasa masam.

Pisang nangka aromanya berbau harum dan menyengat seakan-akan buah nangka apabila masak. Sebab itu varieti ini dipanggl pisang nangka.  

Pisang nangka boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan segar apabila sudah cukup masa. Namun, yang paling popular ialah digoreng.

Selain itu, pisang nangka dijadikan bahan untuk membuat lepat pisang, pengat pisang, cekodok pisang, kek pisang dan sira pisang.

Buah yang muda atau baru mencapai tahap matang sesuai dijadikan kerepek pisang.  

Berat tandan lazimnya antara 15–28 kg, mengandungi kira-kira 12–18 sikat dan 12–20 biji bagi setiap sikat.

 






No comments:

Post a Comment