Cadangan pembinaan jalan raya Keruak-Chuchok Puteri.
Kerajaan Terrengganu bakal mengemukakan semula cadangan
membina laluan baharu menghubungkan Terengganu dengan Kelantan.
Cadangan jalan tersebut ialah dari Keruak, Besut di
Terengganu ke Chuchok Puteri, Kuala Krai, Kelantan.
Laluan baharu sejauh 9.91 kilometer itu bernilai RM251.57
kilometer telah dikemukakan semula oleh kerajaan negeri Terengganu untuk
pertimbangan Kerajaan Persekutuan.
Permohonan sama pernah dikemukakan Kerajaan Terengganu pda
tahun 2022, namun tidak ada keputusan mengenainya, mendorong kerajaan
Terengganu akan mengemukakan semula.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Fasiliti dan
Pembangunan Luar Bandar negeri, Dato' Hanafiah Mat berkata, permohonan projek
berkenaan kini menunggu keputusan pihak kementerian selepas cadangan terdahulu
tidak mendapat kelulusan.
Menurut beliau, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kerja Raya
(JKR) telah mengangkat semula cadangan itu di bawah Rancangan Malaysia Ketiga
Belas (RMK13) dan Rolling Plan Ketiga (RP3).
Skop pembangunan merangkumi jalan dua lorong mengikut
piawaian R4 serta pembinaan tiga buah jambatan bagi melancarkan perjalanan
antara kedua-dua kawasan.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan
penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kelima
Belas (Bajet) pada 18 November 2026.
Kerajaan Terengganu akan meneruskan usaha mendapatkan
persetujuan Kerajaan Persekutuan supaya projek berkenaan dapat direalisasikan
demi meningkatkan kemudahan perhubungan antara Terengganu dan Kelantan.
Pelaksanaan projek itu juga dijangka memberi manfaat kepada
penduduk Hulu Besut, khususnya dari segi akses pengangkutan, selain membuka
peluang kepada perkembangan ekonomi dan aktiviti setempat.
Sekarang ini terdapat tiga jalan utama menghubungkan Terengganu
dengan Kelantan iaitu Jalan Kuala Besut-Pasir Puteh, Jerteh-Pasir Puteh dan
Jalan Tasik Kenyir-Aring.
Terdapat jalan-jalan kecil yang menghubungkan kedua-dua
negeri terutama di Besut dengan Pasir Puteh yang digunakan penduduk kampung.

No comments:
Post a Comment