Saturday, 21 November 2026

POKOK DUIT-DUIT MENUMPANG DI BATANG POKOK

 
Pokok duit-duit jenis tumbuhan menumpang di batang pokok dan tumbuh menjalar. 

Pokok ini banyak varieti dengans setiapnya mempunyai sedikit perbezaan bentuk daunya. Spesies tumbuhan dalam famili Araceae. Ia banyak ditemui di Malaysia, Indonesia dan Papua New Guinea.

Nama saintifiknya Epipremnum aureum dan segelintir pakar percaya pokok ini dalam genera Pothos. Namun, ramai yang keliru dan menggelarnya sebagai filodendron.

Kajian antarabangsa dapati tumbuhan lasak pokok duit-duit ini dapat bersih udara dan serap gas beracun.

Bagi masyarakat Cina, menanam pokok duit-duit akan membawa tuah dan rezeki kepada mereka yang menanamnya.

Malah, mereka mempercayai jika pokok berkenaan tumbuh subur dengan daun yang banyak serta menjalar tinggi akan melambangkan rezeki semakin bertambah.

Hakikatnya, pokok duit-duit adalah spesies yang mudah hidup dan cepat membiak walaupun tanpa tanah.  

Selain boleh ditanam di tanah, pokok ini boleh hidup di dalam air atau menjalar di batang kayu atau berpaut pada mana-mana pancang kayu, pagar atau binaan batu.

Daun duit-duit bersaiz lebih sebesar duit siling 10 sen dan bertangkai pendek .Bentuknya bulat, tebal dan bundar dengan permukaan daun yang berlilin manakala tepinya rata.

Ada juga spesies yang daunya sedikit bujur atau lonjong.

Daun yang sudah tua berwarna hijau tua. Tumbuhan ini adalah dari jenis tidak berbunga dan tidak berbuah.

Seluruh pokok duit-duit berkhasiat sama ada di dalam keadaan segar mahupun yang telah dikeringkan.

Khasiat pokok duit duit ini kebanyakannya hanya untuk luaran sahaja. Untuk pemakaian di luar badan, ia dipercayai amat mujarab dalam menyembuhkan penyakit kulit seperti kudis dan kurap.

Caranya ialah menumbuk daunnya sehingga lumat lalu dilumurkan pada tempat yang sakit. Tanaman herba ini bersifat sejuk, beralkali, tawar dan antitoksik.

Ia secara umumnya selamat sebagai hiasan, tetapi getahnya mungkin menyebabkan kerengsaan kulit ringan, dan jika dimakan oleh haiwan peliharaan ia boleh menyebabkan sedikit gangguan gastrousus.

Dianggap sebagai pokok tumpang yang boleh menyerap nutrien dan mencengkam dahan yang boleh merencatkan pertumbuhan pokok dan penghasilan buah.

Sebab itu, pokok ini perlu dibersihkan dan mengelak ia membiak sehingga menutupi bahagian batang.

Bagaimanapun, kesan pokok ini kepada pokok yang ditumpang tidak ketara kerana pokok ini tidak sepenuhnya mengharpkan nutrien daripada pokok ditumpang.

Pokok duit-duit juga mendapat makanan daripada lumut dan humus yang melekat di batang. Pokok ini juga menyerap nutrien daripada udara. Sebab itu ia dianggap sebagai pokok pembersih udara.

Hal ini jauh berbeza dengan pokok dedalu yang sememangnya boleh mematikan pokok jika terlalu banyak tumbuh menumpang di pokok lain.

No comments:

Post a Comment