Saturday, 21 November 2026

HIAS LAMAN RUMAH SEBAGAI TERAPI MINDA

 
Hias rumah sebagai terapi minda.

Kesihatan minda tidak kurang pentingnya dengan kesihatan fizikal. Kedua-duanya saling menyokong. Minda yang baik datangnya daripada fizikal yang sihat. Begitu juga fizikal yang kuat lahir daripada minda yang sihat.

Terapi minda ialah proses atau kaedah pemulihan untuk menenangkan fikiran, mengurus emosi, dan melegakan tekanan mental tanpa bergantung kepada ubat atau pembedahan.

Satu daripada cara untuk terapi minda ialah melakukan aktiviti mencantikkan utau menghiasi laman rumah.

Mulakan dengan mengekalkan ruang yang bersih, kemas, dan dipenuhi kehijauan yang menenangkan. Laman yang tidak perlu besar atau mewah sudah memadai asalkan sedap mata memandang setiap kali melangkah keluar.

Idea utama untuk hiasan laman terapi minda ialah melalui susun atur pokok hiasan. Biar nampak cantik, kemas dan tidak serabut. Kalau tidak kemas, itu bukan terapi minda, tetapi merosakkan minda.

Gabungkan tanaman berdaun hijau dan berwarna seperti bromeliad untuk menaikkan seri sudut laman. Sesuaikan kombinasi warna mengikut ruang laman rumah.

Manfaatkan ruang sempit: Walaupun halaman terhad atau memanjang, susunan pasu bertingkat atau di tepi laluan tetap boleh mencipta sudut santai.

Kalau ada kewangan yang cukup, wujudkan unsur air dan suasana tenang: Bunyi aliran air atau sudut bergaya santai membantu meredakan tekanan selepas seharian bekerja atau tekanan hidip.

Jadikan rutin harian untuk melakukan aktiviti mengemas atau menyusun kembali kedudukan pasu atau tanaman. Luangkan beberapa minit pada waktu pagi untuk menyapu, menyiram, dan merapikan tanaman bagi memulakan hari dengan rasa positif.

Tentukan gaya dan bajet yang diinginkan agar tidak pula membebankan fikiran tentang kos dan kemampuan untuk menjaganya.

Bagi individu yang berusia, pilihlah pasu yang kecil, kolam kecil atau penyelenggaraan yang rendah dan mudah.

Apa yang penting kita suka apa yang dilakukan dan mendatangkan kepuasan. Itulah terapi minda.

1 comment:

  1. Hai Abg Tn Lokman. Apo khobar. Moga sehat cerio selalu. Tqvm ateh sokongan

    ReplyDelete