Tuesday 30 January 2018

TEMBIKAI DIPANGGIL TIMUN CINA

Perkataan timun dalam dialek Kelantan adalah merujuk kepada tembikai mengikut istilah bahasa baku atau watermelon dalam bahasa Inggeris. Tembikai juga dalam dialek Kelantan dipanggil timun cino atau timun cina.

Manakala dalam dialek Kelantan timun batang adalah merujuk kepada timun dalam istilah bahasa baku atau cucumber dalam bahasa Inggeris.

Jadi, bagi orang luar Kelantan mempunyai pasangan dari Kelantan, hati-hati bila mendengar perkataan timun. Pastikan betul-betul sama yang disebut timun itu merujuk timun atau tembikai.

Pernah berlaku pembeli memberi tahu hendak beli timun, tetapi dijawab oleh penjual bahawa dia tidak jual timun. Sedangkan timun ada di hadapannya dan baru sahaja ada pembeli lain membelinya.

Ternyata, apa yang difahami oleh penjual itu ialah pembeli hendak beli tembikai. Jadi, memang tidak dijual olehnya. Yang ada adalah timun batang.

1 comment: