Thursday, 7 May 2026

UNSUR KHIANAT PUNCA HUBUNGAN UMNO PAS BERMASALAH

 
Unsur khianat dalam kalangan pemimpin PAS, menjadi penghalang utama bagi sebarang pertimbangan kerjasama politik semula antara parti tersebut dengan UMNO.

Pemimpin UMNO mendakwa pengalaman lalu ketika pembentukan Muafakat Nasional (MN) telah memperlihatkan wujud sikap sedemikian dalam PAS, sekali gus menyebabkan hubungan kedua-dua parti berkenaan tidak dapat diteruskan.

Dahulu, ketika pemimpin UMNO memulakan MN, tetapi ada pemimpin PAS yang khianat. Mereka tidak mahu MN berjaya, sebaliknya melakukan perbuatan yang membawa kepada kegagalan tujuan penubuhan MN, khususnya dalam memperkasakan kedudukan Islam dan Melayu.

Setelah menyedari hubungan dengan Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) tidak berjaya seperti diharapkan, pemimpin PAS mengajak UMNO bermuhasabah serta kembali bekerjasama dengan parti itu kerana mendakwa UMNO tersalah memilih rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Pemimpin PAS mendakwa bahawa UMNO semakin lemah kerana meninggalkan asas perjuangan Islam serta Melayu selepas memilih bekerjasama dengan PKR dan DAP. tindakan itu didakwa menyebabkan pegangan UMNO terhadap dasar Islam dan Melayu semakin goyah.

PAS sebenar menyesal dan kecewa tidak dapat membentuk atau bersama-sama dalam kabinet Kerajaan Perpaduan setelah PN menolak titah Yang Dipertuan Agong agar gabungan parti itu bersedia bergabung dengan parti lain untuk membentu kerajaan selepas PRU Ke-15.

Penolakan itu dizahirkan melalui kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin selepas mengadap Yang Dipertuan Agong.

Menariknya, di sebalik kedudukan PN sebagai pembangkang, pemimpin PAS sentiasa yakin bahawa "sudah cukup jumlah" untuk menjadi kerajaan.

Setelah tidak yakin untuk menjadi kerajaan, PAS mula mencari arah baharu dengan menyalahkan UMNO kononnya lebih cenderung untuk bekerjasama dengan parti bukan Islam, khususnya DAP.

Disebarkan naratif bahawa umat Islam sudah semakin melemah, apabila UMNO memberi kuasa kepada banyak parti kecil bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Keadaan itu didakwa meminggirkan Islam dan politik orang Melayu sebagai kaum asal yang mendominasi penduduk.

PAS selama-lamanya tidak mengaku kelemahan dan kesalahan sendiri. Pihak yang menolak menjadi kerajaan adalah PN yang disertai PAS. Kalau PN menjujung titah tuanku membentuk Kerajaan Perpaduan, blok parti itu yang menjadi kerajaan.

Gambar sekadar hiasan 

No comments:

Post a Comment