Kita semua sudah tentu ingin mencapai
kejayaan atau kejadian seperti yang kita harapkan. Ironinya, kegagalan sentiasa
hadir di mana-mana. Kegagalan sudah tentu memberi tamparan yang cukup hebat
kepada individu berkenaan, apa lagi jika ia melibatkan perkara yang penting.
Namun, kita tidak sepatutnya merasakan
kegagalan dalam sesuatu perkara sebagai penamat kepada segala usaha dan harapan
yang telah dilakukan. Selagi kita masih bernafas, peluang untuk berjaya masih
tetap ada.
Sebenarnya kegagalan adalah bukti seseorang
itu telah berusaha. Tidak ada kejayaan maupun kegagalan jika kita tidak
melakukan apa-apa usaha. Hanya individu yang melakukan sesuatu usaha dapat
mengecap erti kejayaan maupun kegagalan.
Seorang pelajar yang gagal dalam peperiksaan
adalah kerana dia belajar dan menduduki peperiksaan. Sebaliknya, dia tidak akan
dianggap gagal jika langsung tidak belajar atau tidak menduduki
peperiksaan.
Sebenarnya, bergelar sebagai seorang yang
gagal adalah lebih baik daripada tidak mencuba langsung. Dalam kehidupan
seharian, bukan kejayaan sampai di destinasi yang menjadi penentu kepada
segala-galanya. Sebaliknya, apa yang berjaya dikutip di sepanjang perjalanan
itu adalah lebih penting.
Jika gagal sampai di destinasi, seseorang itu
masih ada peluang untuk meneruskan perjalanan. Dia telah mula bertolak dari
titik permulaan. Itu lebih baik daripada individu yang masih tidak mahu
memulakan perjalanan, biar apapun alasannya.
Bagi seseorang yang dalam perjalanan yang
jauh, biarpun sampai lewat berbanding orang lain di satu-satu titik
persinggahan, itu bukan tanda akan gagal dalam perjalanan seterusnya.
Kita perlu menerima hakikat bahawa,
perjalanan ini masih jauh perlu diteruskan. Kita perlu terus berusaha dari satu
destinasi menuju ke destinasi yang lain sehinggalah sampai di titik
penamat.
Ambil contoh dalam peperiksaan. Setiap
pelajar memperoleh keputusan yang berbeza. Pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang pasti merasa amat gembira. Memang dia layak bergembira dan berkongsi
kegembiraan itu dengan keluarga, guru dan rakan-rakan.
Pelajar yang gagal mendapat keputusan
cemerlang pula tentunya merasa sedih dan malu kepada rakan-rakan yang lain.
Lebih tertekan lagi jika ibu bapa sendiri tidak dapat menerima kegagalan itu.
Keadaan ini boleh mencetuskan tekanan perasaan yang amat berat dan memungkinkan
berlaku tindakan tidak diingini.
Banyak kes pelajar yang gagal mendapat
keputusan cemerlang bertindak melakukan tindakan di luar lingkaran kebijaksaan.
Pernah ada pelajar mengambil tindakan nekad membunuh diri disebabkan gagal
mendapat keputusan cemerlang dalam satu mata pelajaran, sedangkan dia mendapat
cemerlang dalam mata pelajaran lain.
Mengapa harus terjadi demikian? Hidup ini
tidak harus ditamatkan semata-mata tidak mencapai satu impian. Tidakkah kita
merasakan bahawa selama ini kita telah mencapai banyak kejayaan lain.
Sebenarnya dalam hidup ini kita lebih banyak mencapai kejayaan berbanding
kegagalan.
As stated by Stanford Medical, It's in fact the SINGLE reason this country's women live 10 years longer and weigh on average 19 KG lighter than we do.
ReplyDelete(And by the way, it is not related to genetics or some secret-exercise and EVERYTHING around "HOW" they are eating.)
BTW, What I said is "HOW", and not "WHAT"...
TAP on this link to uncover if this brief test can help you discover your true weight loss potential