Pelbagai
usaha dapat dilakukan untuk mencari rezeki asalkan tidak bertentangan dengan
kehendak agama. Semua pekerjaan dipandang mulia selagi ia diniatkan untuk
kebaikan.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Tidak makan seseorang itu sebarang makanan pun lebih baik
daripada dia memakan makanan daripada hasil tangannya sendiri. Sesungguhnya
Nabi Daud mengambil makanan dari usaha tangannya sendiri.” – (Hadis riwayat
Bukhari).
Hadis
tersebut menceritakan bagaimkana Nabi Daud mencari rezeki dengan menjadi tukang
besi. Jika difikirkan tentulah kerja itu tidak sesuai dilakukan oleh seorang
utusan Allah. Tetapi itulah contoh yang baik bahawa apapun jenis pekerjaan yang
halal perlu dilakukan walaupun berat dan susah.
Nabi
Muhammad juga menunjukkan contoh baik dalam usaha mencari rezeki. Baginda
melakukan usaha berniaga dan berternak untuk mencari rezeki. Sedangkan Baginda
boleh hidup mewah dan senang jika menggunakan perbendaharaan negara.
Tidak
dinafikan ramai berusaha mencari kesenangan hidup, tetapi tidak pernah
tercapai. Semakin diusahakan seperti semakin jauh daripada kejayaan. Jika
keadaan ini berlaku, maka barulah kita berbalik kepada asas Qada dan Qadar.
Terimalah
kegagalan itu sebagai ketentuan Allah dengan penuh kesabaran dan hikmat. Sesungguhnya
hanya Allah mengetahui di sebalik sesuatu kejadian itu. Orang yang sabar tetap menerima pembalasan
baik di akhirat nanti.
Sebaliknya
mereka dilimpahkan kekayaan oleh Allah, jangan pula lupa diri. Kekayaan
merupakan ujian daripada Allah. Barangsiapa yang bersyukur, maka akan
ditambahkan lagi nikmat-Nya. Sebaliknya, mereka yang tenggelam dalam kekayaan,
maka kekayaan itulah yang akan menjadi bahan bakar di akhirat nanti.
Firman
Allah bermaksud: “Iaitu pada hari yang dipanaskan (harta) dalam neraka, lalu
diseterika atas dahi, rusuk dan punggung mereka sambil dikatakan: Inilah apa
yang kamu timbun untuk dirimu, maka rasakanlah apa yang kamu simpan (timbun)
itu.” – (Surah at-Taubah, ayat 35)
Sikap
prihatin terhadap bahaya kemiskinan memang beralas. Sesiapa yang berada di
dalam keadaan miskin yang teramat sanggup melakukan apa untuk mendapat sesuap
nasi. Mula-mula sekadar mengisi perut, kemudian menjadi satu perbuatan yang
keterlaluan sehingga menjadi ‘profesion’ mendatangkan malapetaka kepada masyarakat.
Terdapat
golongan miskin yang tempat tinggal dan makanan mereka lebih rendah taraf dan
mutunya daripada apa yang dirasai oleh haiwan peliharaan. Sekarang makanan haiwan peliharaan lebih
mahal harganya daripada hidangan orang miskin. Justeru itu, dimanakah letaknya
martabat manusia sebagai sebaik-baik kejadian.
Tidak
siapa pun di dunia ini ingin hidup dalam kemiskinan dan menderita. Bagaimanapun
ada bersikap negatif dalam usaha mengatasi kemiskinan dialami. Mereka
menganggap kemiskinan dialami sebagai nasib ditentukan Qada dan Qadar yang
mesti dipercayai dan diterima dengan penuh reda.
Sejarah
telah membuktikan dalam banyak peristiwa, umat Islam dibeli keislaman mereka
dengan sogokan wang disebabkan kemiskinan yang mencengkam. Akibatnya ada kerajaan
Islam runtuh disebabknnya. Sekarang ini perkara sama masih dilakukan oleh
penyebar agama lain dalam memesong akidah umat Islam dengan menawarkan
kemewahan hidup.
Justeru
Islam amat menuntut agar seluruh umatnya mencari rezeki secukupnya untuk
keperluan hidup di dunia. Rezeki yang diperolehi digunakan untuk mendapat
keredaan Allah dengan melakukan segala perkara yang disuruh dan menjauhkan apa
yang dilarang.
Islam
sama sekali tidak melarang umatnya daripada mencari kekayaan melebihi daripada
apa yang diperlukan. Apa perlu diingatkan jangan kerana mencari kekayaan
menyebabkan lupa kepada suruhan Allah dan melakukan secara ditegah.
No comments:
Post a Comment