Tabiat pemakanan yang tidak sihat dan berlebihan merupakan
penyumbang utama kepada pelbagai penyakit kronik. Pengambilan makanan yang
salah boleh merosakkan sistem tubuh secara jangka masa panjang.
Dalam Islam sendiri menekankan tentang kesederhanaan dalam
pengambilan makanan. Jangan berlebih-lebihan dan mengikut nafsu makan yang
tidak pernah puas.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak ada bekas
yang diisi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi
anak Adam itu beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang belakangnya.
Jika tidak dapat dielakkan (terpaksa makan banyak), maka bahagikanlah perut itu
kepada tiga bahagian: satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk
minumannya, dan satu pertiga lagi untuk nafasnya." (Hadis riwayat
At-Tirmizi)
Berkata bijak pandai, "Perut manusia itu adalah tempat
(punca) segala penyakit, manakala pencegahan itu adalah pokok kepada segala
pengubatan."
Maka itu, jangan ikut nafsu makan yang ingin makan semua
jenis makanan dan mengambil dalam kuantiti yang banyak.
Ada individu yang memang sudah sering masuk keluar hospital
disebabkan mengalami penyakit kronik, namun tidak insaf, sebaliknya terus
mengamalkan cara pemakanan yang tidak sihat.
Ketika sakit dan menerima rawatan di hospital, berat badan
semakin bertambah disebabkan tidak kawal kuantiti makanan. Asal sahaja ada
selera, semua jenis makanan dibedal tanpa memikirkan kesan buruk kepada
kesihatan.
Makan tanpa kawalan, sedangkan sedar bahawa itu perbuatan
yang boleh mendatangkan kesan buruk, lebih-lebih lagi dalam keadaan diri yang
memang selalu sakit-sakit atau mempunyak penyakit kronik, maka itu adalah
perbuatan dosa.
Ada selera dan ada banyak makanan bukan alasan untuk makan
banyak.
Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment