Setiap tempat mempunyai sejarahnya tersendiri. Begitu juga dengan Kampung Keluang, yang terletak di Kampung Raja, daerah Besut, Terengganu.
Kampung Keluang terletak kita-kira enam kilometer dari Kampung Raja, pusat pentadbiran bagi daerah Besut. Kampung Keluang terkenal kerana ada pantai yang cantik dipanggil Pantai Bukit Keluang. Di Kampung Keluang juga terdapat bukit yang menjadi tumpuan ramai iaitu Bukit Keluang.
Kampung Keluang mendapat nama berdasarkan pada masa dahulu kawasan bukit di situ terdapat banyak kelawar besar yang dipanggil keluang. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan bilakan nama tempat itu mula dikenali Kampung Keluang dan bukit itu pula dipanggil Bukit Keluang.
Keluang di situ tinggal di dalam gua dan juga bergayut di dinding batu bukit. Di Bukit Keluang terdapat beberapa gua batu yang menghadap ke arah laut. Keluang yang berjumlah beribu-ribu ekor itu ada yang sebesar burung helang.
Ukuran sayap dari hujung ke hujung berkali-kali ganda lebih besar berbanding kelawar biasa. Panjang antara hujung sayap dengan hujung sayap kira-kira 0.5 meter hingga 1.0 meter.
Ramai menganggap kelawar dan keluang mempunyai sifat yang sama. Perbezaan hanya pada ukurannya. Keluang lebih besar daripada kelawar.
Sebenarnya keluang dan kelawar amat berbeza. Tabiat keluang berbeza dengan kelawar. Jika kelawar keluar pada waktu malam, keluang pula keluar pada waktu pagi. Sifatnya waktu cari makan sama dengan burung yang keluar waktu pagi dan pulang ke sarang pada waktu petang.
Sebenarnya keluang dan kelawar amat berbeza. Tabiat keluang berbeza dengan kelawar. Jika kelawar keluar pada waktu malam, keluang pula keluar pada waktu pagi. Sifatnya waktu cari makan sama dengan burung yang keluar waktu pagi dan pulang ke sarang pada waktu petang.
Makanan utama keluang ialah buah-buahan. Sedangkan kelawar pula suka makan serangga.
Keluang mempunyai mata yang boleh melihat. Sebab itu, keluang terbang berkawan dan arah terbangnya lurus seperti burung.
Keluang terbang jauh pergi mencari makan hingga berpuluh-puluh kilometer dari tempat tinggalnya setiap hari. Semasa terbang, kadang kala keluang mengeluarkan bunyi yang nyaring.
Mana-mana tempat yang mempunyai dusun pokok sedang berbuah akan menjadi tumpuan kumpulan keluang. Keluang menjadi musuh utama bagi pemilik dusun, selain ancaman tupai dan musang.
Sebaliknya, kelawar tidak mempunyai mata yang berfungsi untuk melihat. Kelawar ada mata, tetapi buta. Kelawar terbang secara rawak (tidak lurus) dan bergantung kepada deria bunyi untuk mengelak melanggar sesuatu.
Pada waktu petang (hampir malam), keluang akan berkumpul sambil mengeluarkan bunyi yang nyaring. Dalam peribahasa Melayu ada menyebut, “bagai keluang bebar petang” yang bermaksud orang berkerumun (berhimpun) beramai-ramai.
Melihatkan, jumlah keluang yang banyak di bukit di kawasan berkenaan, lalu penduduk memanggilnya Bukit Keluang. Namun begitu, keluang kini tidak lagi terdapat di Bukit Keluang. Mungkin kerana pembangunan pesat kawasan tersebut yang mengubah habitat tempat tinggal keluang.
Bahkan, sekarang ini sukar untuk melihat keluang, kecuali di kawasan pedalaman yang masih dipenuhi hutan.
Penulis sendiri sudah tidak melihat keluang lebih daripada 30 tahun. Sedangkan dahulu, boleh dikatakan setiap petang pada musim buah-buahan, penulis berpeluang melihat berpuluh-puluh, dan sampai beratus-ratus ekor keluang terbang di ruang angkasa menuju ke Bukit Keluang. Tempat tinggal penulis kira-kira 60 kilometer dari Bukit Keluang.
Sebab itu, jika disebut keluang, ramai generasi muda tidak mengenalinya. Untuk mengambarkan tentang keluang, terpaksalah diberitahu persamaannya seperti kelawar.
Umumnya, masih ramai orang mengenali kelawar, termasuk kanak-kanak. Itupun mungkin disebabkan adanya cerita batman (orang kelawar). Selain itu banyak gambar mengenai kelawar masih tersiar di media elaktronik.
No comments:
Post a Comment