Apapun
jenis pekerjaan bapa kita, berbanggalah. Ops... perkerjaan yang baik-baik
sahaja tau. Kalau bapa kerjanya melakukan perkara tidak baik, jangan beritahu
orang lain atau berbangga dengan pekerjaan itu.
Hasil
titik peluh dan keringat bapalah kita mampu membesar. Kalau bapa kerja buruh
kasar, maka hasil itulah kita mendapat kerperluan hidup.
Kita
perlu berbangga dan hargai pengorbanan bapa. Mereka lakukan semua itu demi
kita. Mereka tidak berkira keringat yang keluar asalkan kita dapat meneruskan
pelajaran.
Kerana,
kalau mereka tidak mempunyai pendidikan tinggi yang menyebabkan tidak
berpeluang bekerja yang baik, maka mereka ingin kita menjadi lebih baik
daripadanya.
Bapa
sanggup berkorban segala-galanya melakukan pekerjaan yang dipandang rendah dan
hina. Biar dihina asalkan anak mendapat yang sepatutnya.
Jadi,
sebagai anak, mengapa kita malu untuk menyatakan apakah jenis pekerjaan bapa. Sesungguhnya
bukan jenis pekerjaan yang menentukan kebahagiaan hidup. Apa yang penting ialah
melakukan pekerjaan dengan penuh amanah dan hasil usaha sendiri.
Sabda
Rasulullah bermaksud: “Tidak makan seseorang itu sebarang makanan pun lebih baik
daripada dia memakan makanan daripada hasil tangannya sendiri. Sesungguhnya
Nabi Daud mengambil makanan dari usaha tangannya sendiri.” – (Hadis riwayat
Bukhari).
Hadis
tersebut menceritakan bagaimkana Nabi Daud mencari rezeki dengan menjadi tukang
besi. Jika difikirkan tentulah kerja itu tidak sesuai dilakukan oleh seorang
utusan Allah. Tetapi itulah contoh yang baik bahawa apapun jenis pekerjaan yang
halal perlu dilakukan walaupun berat dan susah.
Bersyukurlah
mempunyai ayah yang sanggup bersusah payah demi anaknya. Dan sebagai anak, jangan
lupa jasa ayah apabila telah dewasa, lebih-lebih menikmati kehidupan yang lebih
baik dan berjaya.
Kejayaan
dan kegembiraan paling berharga bagi seorang ayah ialah apabila anak-anaknya berjaya
dalam hidup dan menjadi muslim sejati.
No comments:
Post a Comment