Setiap
individu muslim perlu melipatgandakan usaha mencari rezeki sepertimana perintah
yang banyak dinyatakan dalam al-Quran dan hadis yang membuktikan ia wajib
dilakukan dan membawa kedudukan seseorang lebih mulia di sisi Allah SWT.
Sesungguhnya
nikmat yang Allah sediakan tidak terhitung. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan jika
kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidak mampulah kamu menghintungnya.” (Surah
Ibrahim, ayat 34).
Individu
Islam yang faham tuntutan mencari rezeki akan berlumba-lumba mencari rezeki
kerana kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya tidak ada batasnya. Mereka mendapat
kebaikan dan kesenangan di dunia, serta mendapat pahala sebagai bekalan hidup
di akhirat.
Untuk
mendapat hasil yang baik hendaklah dilakukan dengan tekun dan istiqamah. Islam
memberi pengiktirafan tinggi kepada sesiapa melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah amat mengasihi seseorang yang
apabila melakukan satu kerja, dilakukan dengan penuh tekun dan sebaik mungkin.”
(Hadis riwayat Baihaqi)
Sikap
tidak bersungguh-sungguh melakukan tugas menyebabkan banyak kerja tidak
mencapai hasil terbaik. Ini mendatangkan kerugian besar dari segi potensi diri
dan perolehan yang sebenar.
Sesiapa
tidak mengikut syariat Islam dianggap melaksanakan tugas syaitan. Mereka
dilalaikan dan terpedaya dengan kesenangan hidup di dunia sehingga sanggup
melakukan perbuatan diharamkan.
Firman
Allah SWT bermaksud: “Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini (meliputi segala
kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat), tidak
lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya akhirat itu ialah
kehidupan yang sebenar-benarnya.” (Surah al-Ankabut, ayat 64).
Sesungguhnya,
rahmat Allah SWT sentiasa terbentang kepada hamba-Nya tanpa batasan bagi sesiapa
yang berusaha mendapat kurnia-Nya. Allah SWT melimpahkan rahmatnya tanpa
mengira sama ada orang Islam atau kafir asalkan berusaha melakukan tindakan
yang membawa kepada kejayaan apa yang dikehendaki itu.
Firman-Nya
bermaksud: “Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di
bumi semuanya (sebagai rahmat) daripada-Nya.” (Surah al-Jatsiyah, ayat 13).
Sesiapa
tidak mampu atau terhalang melakukan usaha, maka hendaklah dia menyerahkan peluang
kepada orang lain. Diriwayatkan daripada Jabir, sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Jika kamu mempunyai tanah hendaklah diusahakan dan jika kamu tidak
berkesempatan, maka hendaklah dipinjamkan kepada saudara Muslim untuk
diusahakan.” (Hadis riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment