Thursday 10 March 2022

MENJADI MANGSA PENIPUAN DALAM TALIAN

  
Sebanyak 98,607 kes penipuan dalam talian dengan kerugian dianggarkan bernilai RM3.3 bilion dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 2017 hingga 2021. 
 
Dalam tempoh sama, lebih 30,000 individu ditahan dan daripada jumlah itu lebih 25,000 individu telah dituduh di mahkamah. 
 
Kebanyakan mereka yang dituduh ini adalah pemilik akaun keldai manakala selebihnya (mereka yang tidak dituduh) diletakkan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 antaranya dibuang daerah tertentu dalam satu tempoh masa tertentu. 
 
Kebanyakan kes itu melibatkan macau scam, belian jualan dalam talian, pinjaman wang tidak wujud dan love scam. 
 
Antara punca scammer berjaya memperdaya mangsa adalah mereka beroperasi menggunakan telefon atau media sosial selain merekrut orang ramai untuk menjadi keldai akaun. 
 
Ini yang menyebabkan sindiket ini berjaya apabila merekrut orang ramai tidak kiralah memberi, menyewa atau membenarkan menggunakan akaun (bank) mereka untuk transaksi kewangan daripada aktiviti jenayah dalam talian ini. 
 
Jadi, jika keldai akaun ini berjaya ditangani, dipercayai sedikit sebanyak mampu melumpuh kegiatan jenayah scammer ini. 
 
Ini menunjukkan masih terdapat segelintir masyarakat yang terpedaya dengan tawaran, pujukan dan kurang peka jenayah siber sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian jutaan ringgit. 
 
Ada antara mangsa yang mendakwa mereka tidak pernah mendengar penipuan dalam talian sebegini dan tidak pernah diberikan maklumat berkaitan isu ini.

No comments:

Post a Comment