Sunday 19 June 2022

PASAR TERAPUNG PANTAI SURI KEKAL GAYA TRADISI

  
Pasar Terapung Pantai Suri satu ikon tarikan di kawasan kepulauan Delta Sungai Kelantan di jajahan Tumpat. Terletak di Pulau Suri, pasar terapung memberi peluang pengunjung merasai pengalaman membeli-belah seperti berada di negara jiran iaitu Hatyai dan Bangkok di Thailand. 
 
Pasar ini terkenal kerana mempunyai deretan bot-bot kecik yang diletakakan di tepi-tepi sungai malah yang lebih menarik lagi bot-bot ini juga turut menjual pelbagai jenis makanan serta minuman. 
 
Pasar Terapung Pantai Suri dengan slogan Gaya Tradisi Penuh Klasik beroperasi setiap hari Sabtu bermula jam 8.30 pagi - 3.00 petang. 
 
Pelbagai jualan dan barangan yang berasaskan tradisional dijual oleh penduduk kampung untuk pengunjung yang datang dengan harga yang sangat berpatutan. Selain makanan tradisional, pengunjung juga boleh mendapatkan makanan, minuman serta barangan dari negara jiran yang turut dijual di sini. 
 
Pengunjung boleh ke sana dengan mendapatkan khidmat bot di Jeti Kuala Besar yang berada di jajahan Kota Bharu, atau Jeti Kok Majid di jajahan Tumpat. 
 
Perkhidmatan tidak berjadual itu bukan sahaja menyediakan perkhidmatan untuk ke Pasar Terapung Pantai Suri, bahkan juga ke destinasi lain di kepulauan tersebut. 
 


 

 

No comments:

Post a Comment